h1

hari yang tak produktif

June 19, 2006

hari ni memang macam bosan je.bosan ke?biasela kerja sane sini tetibe dah takde kerja ni nak usaha cari kerja baru. hang ade kerja kosong? email aku kat eyezal@gmail.com, nanti aku bagi resume, terima kasih.

setelah beberapa interview sampai interviewer pun kene pusing ngan aku, tunggu rezeki datang tapi takleh nak tunggu result gak. aku nak tiap2 hari cari. mesti bole dapat punye. yakin itu penting. 

h1

machu picchu

June 18, 2006

Walaupun sejarah adalah mate pelajaran yang paling banyak membuatkan aku menjadi sangat produktif dalam menghasilkan air liur (tertido dalam kelas la), tetapi aku tetap ada memasang impian aku untuk menjadi ahli arkeologi dan mengkaji peniggalan2 yang terdapat di seluruh Malaysia dan dunia. Aku memang teringin sangat nak tgk machu picchu, Maya, piramid dan macam2 tempat lagi la yang mejadi peninggalan manusia yang misteri. so mane tau, ade rezki, jadi jutawan nanti pergi la.

h1

playstation 3 tuuu…

June 18, 2006

Kat BBC Friday  Sony’s PlayStation 3 goes on sale  – dah start jual ni kat website play.com. so kepada sesiapa yang poket berat(bukan maam aku yang poket ringan banyak habuk) silakan la beli tapi lepas tu jangan lupa ajak aku main ye.

h1

World Cup bermula

June 9, 2006

Hari ni first game apa ye? aku pun tak berapa ingat tapi kalau dah ade live kat tv aku tengok je. aku minat bola tapi takdela gila bola. aku gila AC Milan.(sedih gak shevchenko pegi chelsea, tapi player datang dan pergi, Milan tetap ROCK!!) Adakah world cup tahun ini akan menyaksikan Brazil akan menang lagi? Tetapi yang aku lihat dari surat khabar banyak betul kuasa bola yang menghadapi masalah player cedera. Itali dengan Gattuso,Nesta dan Zambrotta yang cedera, German dengan Ballack yang dikatakan tak cergas sebab tak turun training, Perancis dengan Cisse yang patah lutut kanan. Itu dah nasib pasukan masing-masing la. tak boleh nak cakap apa lagi.

kembali kepada persoalan Brazil akan menang or tak. kemungkinan tu tetap ade dan peratusan mereka menang memang tinggi juga. tetapi jangan dilupakan negara lain seperti england yang ada pasukan yang mantap dan tak lupa juga pendatang baru contohnya Ukraine ada Shevchenko (aku peminat Sheva). aku rasa sheva memang betul-betul akan tunjuk kualiti dia untuk world cup kali ni.

ape-ape pun kita tunggu dan lihat jela. rumah aku takde astro dan aku harap match ukraine ada. so negara mana yang bakal menang nanti,kalau naksenang cerita, tunggu jel sampai final 🙂 

h1

Pencuri yang baik hati

June 9, 2006

Dalam Utusan Online hari ni aku baca mengenai 'Nota pencuri temukan ibu dan anak'. Si pencuri kereta ni memang tak berhati perut bila belasah tuan punye kereta dari belakang lepas tu terus curi kereta. Bahaya betul lah. Kepada anda yang nak naik turun kereta, tengok sekeliling dulu, lepastu baru naik. Lebih-lebih lagi yang pakai kereta mewah. Tapi, pencuri ni memang ada perasaan yang baik dalam hati dia. Kalau dia dapat discover diri dia yang sebenar dengan berpandukan hati yang baik tu, mesti dia tak buat benda-benda macam mencuri ni. Yang baiknya dia ni sebab pulangkan semula anak mangsa curi yang ada dalam kereta. tu dah kira baik hati la tu. Kalu dia jahat agaknya dia jual budak tu. potong sana sini amik organ,jual. 🙂 Tak pun jual jadi hamba abdi. Bahaya betul. So kepada si pencuri atau sesiapa yang nak mencuri, selamilah hati anda dahulu. Tak baik mencuri. menyusahkan diri sendiri dan orang lain terutama mangsa curi. Sudah-sudah la tu mencuri. Ok? Kepada si pencuri kereta yang baik hati, kalaula dikatakan takdir membuat anda baca blog ni, berubahla. anda seorang yang baik hati sebenarnya,ok? 

h1

MyTeam vs Malaysia

May 28, 2006

Ini memang event yang sangat aku nantikan. Sekarang depa tengah berlawan. Aku tengok sampai 1st goal oleh myteam je pastu aku terus malas tengok. Mengantuk. Cantik gak gol tu. Mengingatkan aku kepada player faveret aku Andriy Shevchenko yang rembat jauh dari sudut susah terus masuk gol mase lawan juventus. Menggelabah aku tengok Gigi Buffon nak tepis. Sudah, sudah!! Lari topic pulak. Aku tak kisah myteam atau Malaysia menang. Pada pendapat yang ada dalam otak aku ni, ape yang Shebby Singh buat tu memang sangat bagus. Bola sepak kat Negara kesayangan kita ni perlu ada fenomena baru untuk meningkatkan tahap kualiti bolasepak Negara. Walaupun myteam memang tiada pengalaman dan memang absolutely amateur, tapi pembentukannya memberikan impak yang positif terhadap bolasepak Malaysia. Memang terlalu awal nak jangka bagaimana myteam pada masa akan datang – teruk ke, bagus ke – tapi sekurang-kurangnya ada landasan yang kuat untuk rakyat Malaysia yang ada bakat – betul2 ada bakat untuk mendapat peluang mengasah lagi bakat dan menjadi footballer yang hebat lagi gempak serta menguatkan semangat rakyat Malaysia untuk betul2 semangat dalam bidang sepak2 bola ni. (berpusing2 ayat, maklumlah kepala pun tgh pusing) Myteam vs Malaysia memang bagus. Player Negara memang still below the line of consistency. Kalu menang, menang gempak2, tapi bile hancur, hancur berderai. Lama2 lak tu hancur. Aku bukan nak kondem player Negara sendiri tapi kondem n kritikan perlu dilihat dari sudut positif untuk dijadikan batu loncatan atau anjakan paradigma supaya menjadi lebih bagus lagi. Pasukan Negara memang perlu dicabar oleh myteam. Aku rasa Shebby berpandangan jauh. He looks towards long term achievement. Aku sangat bengang ngan orang FAM ( tak nak sebut nama – tak ingat pun sebenarnya) yang kuar dalam berita yang mengatakan myteam macam mi magi. Ok fine, walaupun macam mi magi, tapi mi magi ni la yang bakal membawa perubahan kepada arena bolasepak Negara. Aku rasa die rase tercabar dan die nak tunjuk ego ngan menyindir myteam tak bagus. Come on la, think on the bright side la brader. At least support la myteam dari segi moral dan kebaikan untuk membina mutu sukan bolasepak Negara kalu tak nak sokong pun.

Aku sangat la berharap mutu bolasepak Negara kita naik. Walaupun aku tak reti main bola dan aku sebenarnye main ragbi, bolasepak tetap sukan no 1 yang aku minat. Kepada sesiapa yang betul2 ingin menjadikan bolasepak sebagai karier professional, teruskan terutamanya kepada anak2 muda kita. Tapi kepada anak2 muda yang ingin menjadi pemain bola, ilmu di dada pun kene ada. Ok? So esok jela aku tunggu result myteam vs Malaysia kat sok kabar. Assalamualaikum.

h1

Sikap orang Malaysia ketika memandu

May 28, 2006

Pening…..pening sangat bile aku fikirkan perkara ni. Aku sanggup katakan 85% pemandu kat Malaysia teruk lagi hampeh. Susah untuk bertolak ansur, suka makan line jalan orang, cucuk belakang konon bawak F1, susah nak bagi signal….yang bab signal ni yang aku cukup pantang sekali…..berat sangat ke jari nak bagi signal? Kat jari tu ada ape? Cincin berlian besar bola ke sampai berat sangat dan susah sangat nak bagi signal bila nak masuk selekoh…..pening….pening….

tak dinafikan aku kadan2 terlupe juga tapi aku ni jen is buat kajian. aku lepak lame2 kat satu simpang yang sibuk di ****, aku kira berapa kereta dan motor lalu dan berapa yang bagi signal dan tak bagi signal. secara totalnya jika dalam bentuk rumusan yang aku buat, 35/50 kereta tak bagi signal.

kenapa pentingnya bagi signal ni? cari sendirila jawapannya. malas aku nak jawabkan. takde mood. pening. banyak lagi perkara yang boleh diutarakan macam sikap kurang ajar…macam2 lagila….nanti2la aku fikir post yamg membina. 🙂